Nikkan Taishu iaitu media hiburan di Jepun telah melaporkan yang Sega ingin melancarkan siri permainan Judgment iaitu Lost Judgment di PC bersama dengan PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, dan Xbox Series. Namun, seperti Judgment, permainan kedua Lost Judgment juga hanya diumumkan untuk konsol.

Perkara tersebut dikatakan kerana mereka tidak mendapat kebenaran daripada agensi bakat Johnny’s yang mewakili Takuya Kimura iaitu pelakon suara dan juga model untuk watak utama bagi permainan tersebut Takayuki Yagami. Menurut laporan tersebut, Johnny’s tidak menyukai bakat mereka “ditawarkan” di PC.

Menurut laporan tersebut lagi, Johnny’s mempunyai masalah dengan Steam iaitu gedung utama untuk PC akan tetapi Juidgment ataupun Lost Judgment tidak dikeluarkan di gedung lain untuk PC seperti Epic Games Store, oleh itu ramai yang menjangkakan mereka mempunyai masalah dengan PC keseluruhan dan bukan sahaja Steam.

Ini mungkin sedikit aneh, akan tetapi tidak mengejutkan, permainan-permainan PC terdedah kepada mod yang akan menggunakan model watak untuk dijadikan sesuatu di luar permainan tersebut. Contohnya, CD Projekt Red pernah mengarah untuk mod yang menggunakan model watak Keanu Reeves di padamkan.

Nikaan Taishu juga melaporkan yang Lost Judgment mungkin akan menjadi permainan terakhir untuk siri tersebut kerana tidak dapat mengeluarkan di PC adalah bukan perniagaan yang baik bagi Sega.

Lost Judgment akan dilancarkan pada 24 September untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, dan Xbox Series.

Sumber: Reddit

Sohor Kini