Kegilaan membeli kartrij permainan lama berterusan apabila ia mencapai rekod tertinggi baru-baru ini apabila kartrij Super Mario 64 yang dikeluarkan pada tahun 1996 dan tidak pernah dibuka. Ia masih dalam keadaan yang sangat baik iaitu 9.8 A++, yang boleh dikatakan seperti baru dikeluarkan telah terjual dengan lelongan bernilai $1.56 juta (~RM6.54 juta).

Rekod tersebut telah mengatasi rekod yang baru sahaja dicapai beberapa hari lepas melalui penjualan kartrij The Legend of Zelda yang terjual sebanyak $870 ribu (RM3.64 juta). Menurut the Heritage Auctions, buat masa ini mereka mendapati hanya terdapat lima salinan sahaja yang mempunyai kualiti sebaik kartrij ini.

Dengan inflasi harga yang terlalu mendadak, iaitu sebelum The Legend of Zelda, lelongan tertinggi adalah Super Mario 3 yang dilelong dengan nilai $156,000 (~RM645 ribu), pakar di dalam industri collector juga tidak pasti apa yang berlaku. Mereka mengatakan minat untuk barangan permainan video terus meningkat bersama dengan permainan kad, akan tetapi peningkatan harga yang mendadak ini tidak boleh dijelaskan lagi.

Sohor Kini