Activision telah mengumumkan yang mereka akan membawa pelbagai kandungan baharu untuk permainan Call of Duty Black Ops Cold War dan juga Call of Duty Warzone melalui penambahan Reloaded bagi musim keempat yang sedang berlangsung. Penambahan ini akan tiba bermula pada 15 Julai 2021.

Berikut adalah kandungan tambahan yang akan disertakan mengikut permainan;

Call of Duty: Black Ops Cold War

  • Mod Zombies Experience
    • Peta baharu untuk mod zombi iaitu Mauer Der Toten
    • Mule Kick Perk-a-Cola akan kembali di peta Mauer Der Toten dan juga di dalam Der Wunderfizz di peta-peta lain
    • Pemain boleh menghasilkan bom baharu iaitu LT53 Kazimir
    • Pelbagai cabaran yang khusus untuk peta baharu
    • Peta baharu untuk mod Onslaught (eksklusif di PlayStation)
  • Mod Multi-Pemain
    • Peta baharu: Rush dari Black Ops II
    • Mod baharu: Capture the Flag dan Paintball Moshpit
    • Playlist baharu: Rush 24/7 dan Cranked Moshpit

Call of Duty Warzone

  • Mod baharu berdasarkan objektif iaitu Payload
  • Acara baharu: Blueprint Blitz
  • The Red Doors akan membawa pemain ke kawasan baharu yang tidak dikongsi-kan lagi
  • Killstreak baharu: Sentry Gun
  • Pemain boleh memberi hadiah di dalam Warzone

Kemaskini ini akan mempunyai saiz lebih kurang 15GB bagi Cold War, manakala untuk Warzone lebih kurang 9GB dan mungkin berbeza mengikut platform.

Call of Duty: Black Ops Cold War dan Call of Duty Warzone sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC. Call of Duty Warzone adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini