Riot Games telah mengumumkan yang bermula pada bulan ini, mereka akan menganjurkan acara masa terhad Sentinels of Light untuk kesemua permainan mereka iaitu League of Legends, League of Legends: Wild Rift, Legends of Runeterra, Teamfight Tactics dan Valorant.

Anda boleh tonton video animasi sebagai permulaan untuk penceritaan bagi acara ini di bawah.

Sebelum kami kongsi kandungan-kandungan yang akan tiba untuk setiap permainan Riot Games, watak baharu Akshan akan tiba di kesemua permainan mereka iaitu pada 14 Julai untuk Legends of Runeterra, pada 21 Julai untuk Teamfight Tactics, pada 22 Julai untuk League of Legends bersama dengan kostum Cyber Pop Akshan dan 27 Julai untuk League of Legends: Wild Rift bersama dengan kostum Battle Academia Akshan.

League of Legends

Acara Sentinels of Light akan bermula pada 8 Julai dan berakhir pada 10 Ogos, ia akan menyertakan mod penceritaan iaitu “Rise of the Sentinels”. Pemain akan menjelajah Runeterra untuk mencari rakan bagi melawan Viego. Penceritaan akan dikeluarkan setiap minggu dan pemain perlu menyelesaikan misi di dalam permainan untuk ke bab seterusnya.

Selain itu, mereka juga akan menyertakan 11 kostum baharu yang akan tiba secara berperingkat seperti berikut;

  • 8 Julai – Sentinel Vayne, Sentinel Olaf, Sentinel Irelia, Sentinel Riven, Sentinel Diana, dan Ruined Pantheon
  • 22 Julai – Sentinel Graves, Sentinel Pyke, Sentinel Rengar, dan Ruined Miss Fortune
  • 29 Julai – Unboud Thresh

Mod permainan baharu juga akan disertakan iaitu Ultimate Spellbook, pemain akan diberikan kebolehan Ultimate kedua untuk digunakan.

League of Legends: Wild Rift

Bagi League of Legends: Wild Rift, acara Sentinels of Light akan bermula pada 8 Julai sehingga 10 Ogos dan mereka kaan menawarkan HQ Experience. Melaluinya pemain boleh berinteraksi dengan pelbagai vatak dan dengan bermain dapat mempertingkatkan Sentinel Bonds yang akan membuka lebih banyak kisah mengenai mereka. Watak yang terlibat adalah Vayne pada 13 Julai, Riven dan Irelia pada 19 Julai dan Akshan pada 27 Julai.

Mereka juga akan memperkenalkan beberapa watak baharu iaitu Lucian dan Senna pada 8 Julai, Akshan pada 27 Julai bersama dengan beberapa kostum iaitu Sentinel Irelia, Sentinel Riven, Sentinel Vayne, Ruined Draven, Ruined Miss Fortune, dan Ruined Shyvana.

Manakala pada bulan Ogos sebagai penutup mereka akan mempunyai satu acara rahsia yang akan diumumkan kemudian.

Legends of Runeterra

Acara Sentinels of Light untuk Legends of Runeterra akan bermula pada 14 Julai sehingga 10 Ogos, dan mereka menyertakan penambahan-mini kedua yang akan memfokuskan watak Viego dan Akshan. Ia akan menyertakan 21 kad baharu.

Mereka juga akan melancarkan Event Pass baharu iaitu “Declare Your Allegiance” di mana pemain boleh pilih untuk mendapatkan Ruined atau Sentinels Event Pass yang akan mendapatkan kostum berdasarkan pilihan tersebut. Pemain tidak boleh bertukar bahagian, akan tetapi selepas menyelesaikan Event Pass, pemain boleh mendapatkan beberapa barangan daripada bahagian lain akan tetapi tidak melibatkan barangan eksklusif.

Selain itu, ia juga akan menerima hiasan papan Sentinels HQ, Ruined & Sentinels Guardians, Hiasan Kad, Emoted dan juga 7 kostum untuk Champion iaitu Sentinel Irelia, Sentinel Diana, Sentinel Riven, Ruined Shyvana, Ruined Karma, Ruined Draven dan Unbound Thresh.

Teamfight Tactics

Acara Sentinels of Light untuk Teamfight Tactics akan berlangsung pada 21 Julai di mana ia akan menyertakan barangan Radiant dan juga watak baharu iaitu versi Sentinels untuk Olaf, Senna, Irelia, Pyke, Rakan, Galio, Lucian dan Akshan.

Mereka juga akan mempekenalkan Set Pass baharu bersama dengan Arenas, Booms, High Order Pengu dan pelbagai lagi.

Valorant

Bagi Valorant, acara Sentinels of Light akan bermula pada 8 Julai sehingga 21 Julai di mana pemain berpeluang untuk membeli koleksi hiasan senjata seperti berikut;

  • 8 Julai – Berkas Hiasan Senjata Ruination iaitu untuk Phantom Ghost, Spectre, Guardian dan melee (Blade of the Ruined King) dengan tiga pilihan warna dan juga aksesori seperti Gun Buddy, Spray dan Kad.
  • 21 Julai – Berkas Hiasan Senjata Sentinels of Light iaitu untuk Vandal, Operator, Sheriff, Ares dan melee (Relic of the Sentinel bersama dengan 3 pilihan warna dan juga aksesori seperti Gun Buddy, Spray dan Kad.

Riot Games juga telah mengumumkan bersempena dengan acara Sentinels of Light, mereka juga akan menyediakan $1 juta untuk Riot Games Social Impact Fund untuk diberikan kepada badan kebajikan tempatan. Pemain boleh mencadangkan badang kebajikan tempatan mereka sendiri. Dengan melakukan pelbagai aktiviti di dalam permainan, pemain juga boleh mempertingkatkan sumbangan daripada Riot Games.

Sohor Kini