Whales Esports telah mengumumkan penganjuran Mobile Legends: Bang Bang Malaysia Championship (MMC) buat julung kali. Melaluinya, mereka menyasarkan untuk memberi peluang kepada pemain amatur dari 13 negeri di Malaysia dan Kuala Lumpur.
Berikut adalah format dan juga jadual kejohanan;
Fasa 1 – Kelayakan Peringkat Negeri (2 – 19 Ogos 2021)
Fasa 2 – Pusingan Liga (30 Ogos – 21 September 2021)
Fasa 3 – Pusingan Playoff (3 Oktober – 21 Oktober 2021)
Bagi hadiah untuk kejohanan ini, mereka menawarkan RM30 ribu dan 210 ribu Diamons sebagai hadiah terkumpul. Di mana bagi peringkat kelayakan negeri, pasukan di tempat pertama sehingga tempat kelapan akan menerima Diamond. Bagi Pusingan Liga, setiap pasukan yang layak akan menerima RM1 ribu, 6 Jersi dan juga pingat.
Manakala di peringkat Playoff pula, RM16 ribu akan dibahagikan mengikut kedudukan seperti berikut;
Sesi pendaftaran untuk kejohanan ini kini dibuka sehingga 25 Julai 2021 dan anda boleh lakukannya melalui laman MESF di pautan ini; MESF: Malaysia Electronic Sport Federation