Tencent telah mengumumkan acara baharu untuk pemain-pemain PUBG Mobile di mana melaluinya pemain akan berpeluang bukan sahaja mendapat pelbagai barangan di dalam permainan tetapi juga berpeluang untuk memenangi jongkong emas, tambah nilai telco sehingga $200 ribu dan juga Motosikal MT-25 melalui acara Summer Rich.

Untuk menyertainya, pemain perlu mendaftar melalui bahagian acara Summer Rich di dalam permainan, dan mendaftar seorang rakan. Pemain perlu menyelesaikan pelbagai misi yang akan diberikan setiap hari bermula pada 9 Julai sehingga 30 Ogos.

Dengan menyelesaikan misi harian tersebut, pemain akan mendapat “markah”, markah ini boleh digunakan untuk menebus pelbagai ganjaran di dalam permainan.

Mereka juga akan menganjurkan acara “Cyber Discount” yang akan bermula pada 3 Ogos sehingga 16 Ogos, di mana setiap pembelian barangan di dalam PUBG Mobile akan memberi peluang untuk pemain mendapatkan set kostum Dark Goth, Neon Punk Hoodie dan juga hiasan senjata neon-AWM dengan potongan harga.

Sohor Kini