Hunter’s Arena merupakan permainan battle royale 30 pemain serentak yang memfokuskan kepada bentuk permainan secara melee. Ia sudah dikeluarkan untuk PC secara akses awal sejak tahun lepas. Hari ini, ketika acara State of Play PlayStation, Mantisco telah mengumumkan yang permainan tersebut akan dilancarkan untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5 pada 3 Ogos 2021.

Mereka juga mengumumkan yang semasa ia dilancarkan bulan depan, Hunter’s Arena akan ditawarkan sebagai permainan percuma untuk pelanggan PS Plus bagi bulan Ogos. Tawaran ini adalah untuk pemilik PlayStaiton 4 dan juga PlayStation 5.

Seperti mana-mana permainan battle royale, sasaran utama pemain adalah untuk menjadi hunter terakhir yang hidup, namun berbanding terus mencari pemain lain untuk lawan, pemain digalakkan untuk mengembara dan membunuh iblis yang memenuhi peta untuk meningkatkan tahap dan juga mendapat peralatan yang lebih baik.

Semasa pelancaran ia akan menyertakan 17 pilihan hunter yang mempunyai gaya serangan berbeza termasuk juga jarak dekat ataupun jarak jauh. Ia juga menyertakan tiga mod berbeza iaitu;

  • Solo: Pemain akan melawan 29 pemain lain untuk menjadi hunter terakhir yang hidup.
  • Trio: Pemain akan membentuk sepasukan dengan 2 pemain lain.
  • Tag Match: Ia adalah mod berlainan di mana berbanding battle royale, ia adalah mod perlawanan di mana pemain memilih 2 hunter untuk digunakan dan akan terus melawan dengan 2 hunter pilihan lawan.

Hunter’s Arena Legends sudah dilancarkan secara akses awal di PC dan akan dilancarkan untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5 serta secara penuh di PC pada 3 Ogos 2021.

Sohor Kini