Lost Judgment merupakan permainan susulan untuk Judgment yang dikeluarkan pada tahun 2018, ia adalah permainan sampingan untuk siri Yakuza dan memfokuskan kepada watak Takayuki Yagami  iaitu seorang Penyiasat Persendirian. Semasa State of Play oleh PlayStation, Sega telah berkongsi video bentuk permainan baharu yang anda boleh tonton di bawah.

Di dalam video tersebut diperlihatkan yang Yagami akan mempunyai beberapa gerakan baharu antaranya adalah ‘athletics’ yang membolehkan Yagami untuk memanjat bangunan bagi mengakses kawasan-kawasan yang sukar untuk dicapai. Selain itu terdapat juga ‘stealth’ yang membolehkan Yagami untuk melalui sesuatu kawasan dengan menyelinap termasuk juga melakukan serangan hendap.

Bagi sistem pertempuran, ia masih mengekalkan sistem pertempuran daripada permainan pertama dan juga permainan Yakuza sebelum Like a Dragon. Kali ini, Yagami akan mempunyai gaya baharu iaitu Snake yang memfokuskan menggunakan serangan lawan terhadap diri mereka sendiri.

Di dalam usaha untuk menyiasat mengenai dua pembunuhan, Takayuki Yagami juga terpaksa menyiasat satu sekolah dan memerlukan dia menjadi penasihat untuk aktiviti sekolah. Namun, selain menyiasat, Yagami juga berpeluang untuk melakukan pelbagai aktiviti di sekolah tersebut seperti Kelab Tarian dan Kelab Robot, ataupun melakukan aktiviti luar seperti tinju dan berlumba motosikal.

Lost Judgment akan dilancarkan pada 24 September 2021 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One dan Xbox Series. Pemain yang membeli Digital Deluxe dan Digital Ultimate boleh bermain permainan tersebut lebih awal iaitu pada 21 September.

Sohor Kini