Sony hari ini telah mengajurkan State of Play di mana mereka melakukan pelbagai pengumuman, antara pengumuman tersebut adalah Death Stranding Director’s Cut yang pertama kali diperlihatkan ketikan Summer Game Festival baru-baru ini.

Death Stranding Director’s Cut akan menyertakan penambahan penceritaan melalui misi baharu, selain itu ia juga akan menyertakan pelbagai peralatan baharu untuk memudahkan penghantaran, antara alatan tersebut adalah Cargo Catapult, Support Skeleton, Buddy Bot yang kini pemain boleh membawa bersama termasuk juga menaikinya, dan Jump Ramp.

Ia juga tampaknya menyertakan lebih banyak peralatan untuk bertempur seperti Melee yang dipertingkatkan, Maser Gun yang menembak eletrik, Mounted Machine Guns, dan untuk pemain yang ingin menembak tanpa risau membunuh, disertakan juga Firing Range untuk mencuba pelbagai jenis senjata.

Seperti biasa untuk Hideo Kojima sentiasa ada sesuatu yang aneh, Death Stranding Director’s Cut juga akan menyertakan litar lumba yang digelar sebagai Fragile Circuit. Ia akan menyertakan pelbagai litar berbeza untuk pemain berlumba, berkemungkinan dibolehkan untuk bermain bersama dengan rakan secara dalam talian.

Sebagai permainan yang dibangunkan khusus untuk PlayStation 5, ia juga akan menyertakan pelbagai kelebihan yang hadir melalui konsol generasi terkini ini antaranya adalah sokongan getaran haptik, picu penyesuai, 3D Audio, dan skrin pemuatan yang lebih pantas. Bagi pilihan grafik, ia akan menyertakan Performance Mode (upscalled 4K/60FPS) atau Fidelity Mode (4K/30FPS).

Death Stranding Director’s Cut ditawarkan dengan harga RM209 untuk edisi biasa, dan RM249 untuk edisi Deluxe Edition. Pemain yang sudah memiliki Death Stranding di PS4, boleh naik taraf ke Deluxe Edition dengan harga RM50. Bagi pemain yang tidak ingin mengulangi semula sesi permainan, fail simpanan dari PS4 boleh dipindahkan ke Director’s Cut ini.

Sohor Kini