Seperti diumumkan pada minggu lepas, Epic Games Store menawarkan dua permainan percuma untuk tawaran mingguan mereka iaitu Bridge Constructor The Walking Dead dan Ironcast. Kedua-dua permainan sudah boleh ditebus dan tawaran akan berakhir pada 15 Julai 2021.

Bridge Constructor merupakan permainan simulasi pembinaan jambatan dan juga boleh dikatakan sebagai permainan fizik. Bagi edisi The Walking Dead yang ditawarkan ini, pemain perlu menghasilkan jambatan untuk menjadi perangkap kepada zombi dan memastikan watak-watak The Walking Dead berjaya untuk menyeberangi sesuatu kawasan.

Muat Turun: Bridge Constructor The Walking Dead

Ironcast adalah permainan strategi di mana pertempuran adalah menggunakan sistem Match 3. Pemain boleh meningkatkan tahap serta menggunakan pelbagai jenis senjata sepanjang permainan ini. Menggunakan era Victoria, ia juga menyertakan sejarah alternatif yang menarik.

Muat Turun: Ironcast

Selepas tawaran kedua-dua permainan ini berakhir, Epic Games Store akan menawarkan dua juga permainan percuma iaitu Obduction dan Offworld Trading Company.

Sohor Kini