Ultimate Warrior Showdown: PUBG Mobile Asia Invitational merupakan kejohanan jemputan yang menyertakan 16 pasukan terbaik dari Asia iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina, China, Taiwan/Hong Kong, Kemboja, Nepal, Pakistan, Mongolia dan Bangladesh.

Selepas pertandingan selama tiga hari iaitu pada 5 hingga 7 Julai lepas, Bigetron RA telah diumumakns ebagai juara selepas mendapat 161 markah dan membawa pulang hadiah tunai $27 ribu, diikuti FaZe Clan di tempat kedua dengan 159 markah mereka membawa pulan $18 ribu dan di tempat ketiga LIT Esports dengan 130 markah membawa pulang $9 ribu.

Selebihnya daripada hadiah terkumpul $90 ribu, iaitu lebih kurang $36 ribu, akan dibahagikan kepada pasukan di-tempat keempat sehingga tempat kesepuluh iaitu Eagle Esports, Da Kun Gaming, Tong Jia Bao Esports, PN Crew, Stalwart Freestyle, DRS Gaming, dan Orange Esports.

Ultimate Warrior Showdown: PUBG Mobile Asia Invitational dianjurkan oleh Esports Fight Club (EFC) dengan kerjasama bersama Huya, PUBG Mobile dan Tencent Games.

Sohor Kini