11 Bit Studios hari ini telah mengumumkan yang mereka akhirnya akan membawa kesemua DLC penambahan untuk Frostpunk ke versi konsol bagi permainan tersebut. Tiga DLC iaitu The Rifts, The Last Autumn dan On the Edge sudah dikeluarkan untuk PC dan akan tiba di konsol pada 21 Julai 2021.

Berikut adalah antara tambahan kandungan untuk setiap DLC iaitu The Rifts menyertakan mod Endless dan juga tambahan pembinaan iaitu jambatan, manakala The Last Autumn akan menyertakan penceritaan sebelum kejadian di dalam permainan asal. Akhir sekali On The Edge akan memfokuskan kepada kejadian selepas permainan asal.

Setiap DLC ini boleh didapati secara berasingan ataupun melalui Pas Semusim. Bagi yang masih tidak memiliki permainan ini, mereka juga menawarkan Complete Edition yang menyertakan permainan asas bersama dengan ketiga-tiga DLC.

Frostpunk telah dilancarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini