Valve hari ini telah mengumumkan yang kejohanan terbesar Dota 2 mereka iaitu The International akan dianjurkan di Bucharest, Romania iaitu di stadium terbesar negara tersebut Arena Nationala. Berbanding dianjurkan pada bulan Ogos ini, mereka telah menunda beberapa bulan iaitu peringkat kumpulan akan bermula pada 7 Oktober.

Peringkat kumpulan akan berkahir pada 10 Oktober, dan peringkat Main Stage akan bermula pada 12 Oktober diikuti peringkat akhir pada 17 Oktober untuk menentukan siapa yang akan mendapat hadiah terkumpul sebanyak $40,018,195 (~RM165 juta).

The International – Dota 2 sepatutnya dianjurkan di Sweden pada bulan depan, akan tetapi Kesatuan Sukan Sweden telah mengambil keputusan untuk tidak menyertakan esukan sebagai satu sukan di bawah mereka, ini akan membawa masalah kepada pemain dan juga penganjur untuk mendapat visa bagi memasuki negara tersebut.

Valve sebelum ini mengatakan yang mereka sudah melakukan rayuan kepada kerajaan Sweden akan tetapi dengan keadaan politik yang tidak stabil di negara tersebut, tampaknya Valve telah mengambil keputusan untuk menganjurkannya di negara lain.

Sohor Kini