The Kingsman adalah francais filem agensi perisikan yang menarik. Ia padat dengan komedi, aksi menarik, dan mempunyai satu konsep klasik iterasi moden yang boleh diterima Selepas hadir dengan dua filem, 20th Century Studio hadir dengan filem prekuel – The King’s Man.

Filem ini akan memperlihatkan bagaimana agensi perisikan ini ditubuhkan. Garis masa adalah pada perang dunia pertama dan memperlihatkan penzalim-penzalim seperti T.E. LawrenceHerbert Kitchener dan Grigori Rasputin sebagai dalang kepada perang dunia. Bagi melindungi dunia, dengan sokongan tokoh-tokoh ternama – The King’s Man ditubuhkan.

20th Century Studio baru-baru ini hadir dengan video promosi baharu untuk filem ini. Ia memperlihatkan beberapa klip menarik yang pertama kali didedahkan, seperti beberapa adegan aksi. Sedikit di sebalik tabir filem ini juga disertakan, seperti mereka hasilkan filem ini dengan elemen The Kingsman yang sudah dikenali ramai. Cuma ia adalah satu iterasi awal bagaimana agensi perisikan ini beroperasi di zaman dahulu.

Filem ini dijadualkan untuk ditayangkan pada 22 Disember akan datang.

Sohor Kini