Ubisoft telah melancarkan penambahan seterusnya untuk Watch Dogs: Legion iaitu Bloodline untuk kesemua platform di mana ia dikeluarkan. Penambahan ini antaranya menyertakan dua watak daripada permainan lepas iaitu Aiden dari Watch Dogs dan Wrench dari Watch Dogs 2.

Di dalam penambahan ini mereka akan menyertakan kandungan penceritaan baharu yang akan melibatkan Aiden Pearce dan juga Wrench. Penceritaan ini akan berlaku sebelum kejadian di dalam Watch Dogs Legion untuk membolehkan kedua-dua watak menyertai permainan asal sebagai salah seorang pilihan watak. Ia juga akan menyertakan pelbagai misi sampingan untuk dilakukan oleh Aiden dan Wrench.

Pemain boleh dapatkan penambahan Bloodline secara kendiri dengan harga RM45 dan juga melalui pas semusim yang ditawarkan dengan harga RM95 yang turut menyertakan penambahan watak Mina Sidhu.

Watch Dogs: Legion sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Mini – Watch Dogs Legion.

Sohor Kini