Microsoft akhirnya mengumumkan senarai permainan yang akan menyertai Xbox Game Pass untuk awal bulan ini, antara permainan adalah Tropico 6, UFC 4 dan Farming Simulator. Selain itu, mereka juga mengumumkan beberapa permainan kini boleh dimainkan melalui xCloud seperti Dragon Quest Builders 2 dan The Medium.

Berikut adalah permainan lain yang diumumkan menyertai Xbox Game Pass pada awal bulan ini;

  • Tropico 6 (Xbox, xCloud, PC) – 8 Julai
  • UFC 4 (Xbox) – 8 Julai
  • Bloodroots (Xbox, xCloud, PC) – 15 Julai
  • Farming Simulator 19 (Xbox, xCloud, PC) – 15 Julai

Selain itu, mereka juga mengumumkan senarai permainan yang akan meninggalkan Xbox Game Pass pada 15 Julai;

  • UFC
  • UFC 2
  • Endless Space 2
  • Downwell
  • CrossCode

Permainan-permainan tersebut ditawarkan dengan harga 20% jika anda ingin mendapatnya secara penuh.

Bagi anda yang ingin mengetahui lanjut, ataupun ingin mengetahui cara untuk melanggan Xbox Games Pass for PC anda boleh membacanya di artikel – 5 Tip Penggunaan Xbox Game Pass for PC.

Sohor Kini