Skip to main content

Minggu lepas, kita telah mendengar laporan awal mengatakan perbincangan sedang dilakukan penerbit permainan dalam mengimplementasi pengiklanan dalam permainan seumpama pada permua, tetapi untuk permainan di komputer dan konsol.

Bercakap lanjut mengenainya, pihak EA kini mengatakan mereka tidak akan menambah pengiklanan dalam permainan terbitan mereka – buat masa ini.

Menurut EA, buat masa ini mereka tidak melihat untuk mengintegrasikan ciri pengiklanan dalam permainan untuk permainan konsol terbitan mereka.

EA turut mengatakan mereka ingin menawarkan pengalaman permainan yang baik untuk pengguna mereka.

Apa pun, untuk para peminat permainan, mungkin anda tidak lupakan lagi yang mana EA pernah menyertakan pengiklanan pada permainan UFC mereka sebelum ini, dan membuangnya selepas dikritik ramai.

Leave a Reply