Mortal Kombat 11 adalah permainan pertarungan yang dibangunkan oleh pembangun permainan popular NetherRealm yang dilancarkan pada tahun 2019 yang bukan sahaja hadir dengan sejumlah besar watak tambahan, tetapi juga kandungan DLC yang memperlihatkan kostum berlainan untuk watak-watak dalam permainan tersebut.

Melalui sebuah ciapan di Twitter, akaun Mortal Kombat mengatakan bahawa pembangun NetherRealm sudahpun habis membangunkan kandungan untuk permainan tersebut dan akan beralih ke pembangunan projek permainan yang lain.

Buat masa ini ia dijangka bahawa NetherRealm tidak akan tiba dengan DLC lain selepas mempekenalkan 13 watak baru melalui DLC sebelum ini. Ciapan tersebut juga seperti mengatakan bahawa kemaskini tambahan seperti pengimbangan watak pelawan dan sebagainya juga tidak akan dilakukan lagi selepas ini.

Setakat ini ia tidak diketahui lagi apakah permainan baru yang akan dibangunkan oleh NetherRealm, tetapi kami jangkakan bahawa mereka akan mengumumkan projek tersebut apabila mereka bersedia kelak.

Sohor Kini