Devolver Digital dan Deadtoast Entertainment telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan permainan My Friend Pedro untuk peranti mudah alih iaitu My Friend Pedro: Ripe for Revenge. Ia akan dilancarkan pada 5 Ogos dan boleh dimuat turun secara percuma. Pra-daftar untuknya boleh dilakukan di App Store dan juga Play Store.

Ia percuma untuk dimuat turun akan tetapi memerlukan satu pembelian untuk akses penuh termasuk juga mod Blood Rush. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Ia menyertakan bentuk permainan seakan My Friend Pedro yang dilancarkan untuk konsol dan juga PC, akan tetapi dengan rekaan yang lebih comel. Secara keseluruhan ia akan menyertakan 37 peringkat berbeza, di mana pemain boleh cuba untuk mendapatkan “bintang” penuh di kesemua peringkat.

My Friend Pedro sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, Switch dan PC di mana selepas seminggu dilancarkan ia telah diedarkan sebanyak 250 ribu unit.

Sohor Kini