Genshin Impact boleh dikatakan permainan video yang paling popular keluar pada tahun 2020, dan hampir setahun pelancarannya, ia masih kekal sebagai salah satu permainan yang diminati oleh orang ramai tidak kira platform. Akan tetapi salah satu kekurangan utamanya ialah ia tidak boleh dimainkan diantara platform konsol dan gabungan PC dan permua.

Semua itu nampaknya bakal berubah bermula daripada Genshin Impact versi 2.0 kelak yang mana Genshin Report mengatakan bahawa Mihoyo mungkin bakal memperkenalkan kebolehan menyimpan data pemain secara rentas platform diantara semua platform.

Jika benar, pemain platform PlayStation akan boleh memainkan permainan tersebut pada platform-platform lain seperti peranti pintar dan PC apabila versi 2.0 keluar kelak. Akan tetapi menurut ura-ura yang lain, grafik kosmetik yang dibangunkan khusus untuk PlayStation 4 tidak akan boleh digunakan pada platform-platform tersebut.

Setakat ini juga ia masih tidak diketahui lagi samada permainan rentas-platform akan diperkenalkan juga tau tidak. Setakat ini, untuk rentas platform hanya pemain pada platform peranti pintar dan PC yang boleh memainkannya.

Dalam pada itu, ciri penyimpanan data rentas-platform tambahan ini juga akan diperkenalkan untuk permainan versi Nintendo Switch apabila ia dilancarkan kelak.

Setakat ini, Genshin Impact hadir pada versi 1.6, yang mana ia tidak diketahui lagi bilakah versi 2.0 ini akan tiba. Ia juga dijangka bahawa kandungan peta Inazuma akan diperkenalkan kepada pemain apabila versi 1.7 atau 1.8 diperkenalkan kelak.

Sohor Kini