Pada tahun lepas, Studio Khara, studio animasi di sebalik siri filem anime Evangelion Rebuild ditawarkan untuk penstriman percuma di YouTube, cuma sayangnya ia tidak hadir dengan sebarang sarikata yang membolehkan penonton yang tidak berbahasa Jepun untuk memahaminya.

Terkini, Studio Khara dan Amazon nampaknya telah memeterai perjanjian baru dimana siri filem tersebut, termasuklah filem terbaru Evangelion 3.0+1.0 Thrice Upon A Time akan di strim melalui platform penstriman video Amazon Prime Video bermula Ogos 13 2021 kelak.

Siri filem Evangelion Rebuild yang akan distrim pada Amazon Prime Video bukan sahaja akan menawarkan audio dalam bahasa Jepun asal, tetapi juga akan hadir dengan sarikata yang terjemah dalam 28 jenis bahasa, dan akan boleh distrim di 240 negara selain daripada Jepun.

Setakat ini ia tidak diketahui lagi bilakah filem-filem siri Evangelion Rebuild yang lain (tiga filem pertama) akan distrim di Amazon Prime Video, tetapi kami mengetahui bahawa semuanya akan hadir dan akan mempunyai sarikata yang memudahkannya untuk ditonton.

Bagi mereka yang berminat untuk menonton siri televisyen anime yang asal, siri Neon Genesis Evangelion ditawarkan melalui Netflix.

Sohor Kini