Pada bulan April lepas, Jeff Grubb iaitu editor untuk Venture Beat telah melaporkan yang permainan seterusnya oleh Kojima Production akan diterbitkan oleh Microsoft ataupun Xbox Game Studios. Terbaru, Jeff Grubb telah melaporkan yang kedua-dua pihak tersebut semakin hampir untuk merasmikan kerjasama tersebut.

Beliau telah mengatakan yang Kojima Productions dan Microsoft telah menandatangani surat hasrat untuk bekerjasama, surat ini adalah bahagian awal sebelum perjanjian rasmi disiapkan oleh peguam untuk setiap syarikat dan sekaligus menjadikan kerjasama ini rasmi.

Sejak menjadi studio kendiri, Kojima Productions telah bekerjasama dengan PlayStation untuk hadir dengan permainan Death Stranding, tampaknya permainan seterusnya oleh mereka akan bekerjasama dengan Xbox pula. Buat masa ini, Kojima Productions masih tidak mengumumkan permainan terbaru mereka tetapi mengesahkan ia sedang dibangunkan.

Kojima Productions juga akan melancarkan Death Stranding: Director’s Cut untuk PlayStation 5 tidak lama lagi, tetapi maklumat lanjut mengenainya masih tidak dikongsi.

Sohor Kini