Pada Februari tahun lepas, Rockstar iaitu studio yang bertanggungjawab untuk permainan seperi Grand Theft Auto dan Red Dead Redemption telah mengumumkan pengasas bersama mereka iaitu Dan Houser telah meninggalkan syarikat tersebut.
Dan Houser menubuhkan Rockstar Games bersama dengan abangnya Sam Houser, Terry Donovan dan Jamie King sebagai satu subsidiari untuk Take Two Interactive selepas syarikat tersebut mengambil alih BGM Interactive iaitu studio lama untuk Dan Houser dan Sam Houser.
Terkini, berdasarkan laporan oleh VGC, Dan Houser telah mendaftar satu syarikat baharu yang berdasarkan pendaftaran tersebut ia mungkin adalah satu studio permainan video yang digelar sebagai Absurd Ventures. Selain itu, beliau juga mendaftar dua syarikat di Amerika Syarikat iaitu Absurd Ventures LLC dan Absurd Ventures in Games LLC menandakan yang ia mungkin akan menjadi syarikat yang lebih meluas.
Semasa Dan Houser bersama dengan Rockstar Games, beliau pernah terlibat sebagai penerbit untuk permainan seperti Bully, Red Dead Remption dan Max Payne 3. Beliau juga menjadi penulis untuk kesemua permainan Grand Theft Auto.