Ubisoft telah mengumumkan yang pemain akan berpeluang untuk mencuba permainan The Crew 2 secara percuma pada hujung minggu ini, iaitu bermula pada 8 Julai sehingga 12 Julai. Jika pemain ingin membeli secara penuh, ia juga ditawarkan dengan potongan harga 80% sehingga 23 Julai di semua platform.

Semasa sesi percubaan ini, pemain dapat mengakses permainan penuh termasuk juga kemaskini terbaru iaitu Musim 3, Episod 1 – US Speed Tour East yang akan bermula pada 7 Julai 2021. Pemain boleh bermain secara solo ataupun secara koperasi sehingga 4 pemain dan boleh membawa akaun ke permainan penuh, jika ingin mendapatkannya.

The Crew 2 sudah dilancarkan sejak tahun 2018 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Epic Games Store, Ubisoft Store dan juga Steam.

Sohor Kini