Esports Fight Club (EFC) mengumumkan kolaborasi bersama dengan PUBG Mobile untuk hadir dengan kejohanan Ultimate Warrior Showdown: PUBG Mobile Asia Invitational yang akan melibatkan 16 pasukan dari Asia iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina, China, Taiwan/Hong Kong, Kemboja, Nepal, Pakistan, Mongolia dan Bangladesh.

Antara pasukan yang terlibat adalah RSG dari Malaysia, Da Kun Gaming dari China dan LIT Esports dari Taiwan/Hong Kong. Kejohanan jemputan ini menawarkan hadiah terkumpul sebanyak $90 ribu dengan 12 pasukan akan membawa pulang wang tunai iaitu $27 ribu untuk tempat pertama, $18 ribu untuk tempat kedua dan $9 ribu untuk tempat ketiga. Selebihnya akan dibahagikan sama kepada pasukan di tempat keempat sehingga ke-12.

Kejohanan ini akan berlangsung bermula 5 Julai sehingga 7 Julai, di mana pemain akan bertempur 12 pusingan di 4 peta setiap hari. Ia akan berlangsung pada pukul 11 pagi sehingga 6 petang setiap hari dan anda boleh tontonnya di laman Facebook EFC – https://www.facebook.com/EsFightClub.

PUBG Mobile sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini