Square Enix ketika acara Square Enix Presents bersempena dengan E3 telah mengumumkan versi terbaru untuk permainan klasik Final Fantasy iaitu Final Fantasy Pixel Remaster. Ia akan menyertakan Final Fantasy 1 sehingga Final Fantasy 6 yang setiap-nya akan ditawarkan secara berasingan.

Minggu ini, mereka telah mengumumkan tarikh pelancaran untuk tiga permainan pertama iaitu Final Fantasy, Final Fantasy II dan Final Fantasy III akan dilancarkan pada 29 Julai 2021. Ia kini boleh di pra-tempah dengan harga RM54 untuk Final Fantasy dan Final Fantasy II dan RM79 untuk Final Fantasy III. Anda juga boleh beli berkas yang menyertakan keenam-enam permainan dengan harga RM330.

Semasa ia diumumkan lagi, satu perkara yang mengecewakan adalah ia tidak ditawarkan untuk konsol, terutama pemain yang inginkannya di konsol Switch yang ramai menganggap platform yang lebih baik berbanding dilancarkan untuk iOS dan Android.

Sohor Kini