CD Projekt Red dan Spokko sebelum ini telah melancarkan sesi beta untuk permainan mudah alih The Witcher: Monster Slayer di Malaysia dan hari ini, mereka telah mengumumkan yang permainan tersebut akan dilancarkan secara global untuk iOS dan Android pada 21 Julai 2021.

The Witcher: Monster Slayer merupakan permainan realiti terimbuh berdasarkan lokasi. Pemain akan menjadi seorang The Witcher yang perlu mengembara di dunia nyata untuk mencari pelbagai raksasa. Sebagai permainan The Witcher, ia akan mengandungi raksasa-raksasa daripada siri permainan tersebut.

Genre yang dipopularkan oleh Pokemon Go ini sudah semestinya mempunyai cabaran tersendiri untuk dimainkan ketika pandemik Covid-19 masih lagi menjadi masalah di banyak sudut dunia ini. Namun, dengan beberapa negara mula membuka ekonomi dan sosial mereka, mungkin inilah masa terbaik untuk mereka melancarkan permainan ini.

The Witcher: Monster Slayer akan dilancarkan secara percuma untuk iOS dan Android dan ia menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini