Apa kami tonton minggu ini adalah segmen baharu di Aksiz di mana kami berkongsi siri TV ataupun filem yang kami tonton minggu ini. Dengan kita mempunyai pelbagai pilihan perkhidmatan penstriman, kita telah dimanjakan dengan pelbagai pilihan kandungan hiburan. Oleh itu, ramai mungkin sedikit rambang mata untuk memilih. Melalui artikel ini, penulis-penulis untuk Amanz Media akan berkongsi apa yang mereka tonton pada minggu ini agar dapat membantu anda untuk mencari kandungan yang menarik.

Effi Saharudin – Editor, Amanz

Clarkson’s Farm – Prime Video

Jeremy Clarkson ialah hos TV yang tak perlu diperkenalkan lagi kepada semua. Mengukir nama dengan siri Top Gear beliau kemudian berpindah ke The Grand Tour secara eksklusif di Amazon. Dengan The Grand Tour tidak lagi ditawarkan secara siri, beliau kini berubah angin pula dengan siri baharu Clarkson’s Farm. Premis rancangan ini amatlah menarik. Apakah yang terjadi kepada hos rancangan kereta sekiranya disuruh menjadi hos rancangan TV realiti mengenai perladangan pula?

Di atas kertas idea Clarkson’s Farm ini seperti idea gila yang langsung tidak masuk akal. Sama gila seperti kami katakan ” bermula esok Aksiz akan hanya menulis mengenai teknik memasak nasi lemak di permukaan laut”. Tetapi Clarkson membuktikan beliau ialah hos yang cukup berbakat sehingga ramai akan tetap menonton walaupun genre yang disampaikan berubah.

Format sebenarnya banyak berkongsi dengan siri The Simple Life yang dipopularkan oleh Paris Hilton pada awal Milenium yang lalu. Clarkson secara tiba-tiba ingin menjadi seorang petani yang mengerjakan tanah peribadi seluas hampir 500 hektar selepas kakitangan yang menguruskannya selama ini bersara. Kita melihat bagaimana beliau memilih kelengkapan perladangan dari sudut pandangan seorang peminat kereta. Jadi tidaklah mengejutkan apabila kenderaan ladang pertama yang dibeli beliau adalah ialah traktor keluaran Lamborghini.

Seperti Top Gear dan The Grand Tour, apa yang membuatkan Clarkson’s Farm menarik ialah benda bodoh da tidak masuk akal yang dilakukan oleh Clarkson untuk menyelesaikan isu di ladang milik beliau. Ada sahaja “idea bernas” yang dilakukan semata-mata malas mengikut nasihat yang diberikan oleh kakitangan yang lebih berpengalaman. Tiada James May dan Hamster Hammond tetapi watak sokongan lain yang terdiri daripada kakitangan dan haiwan adang beliau juga tidak kurang lawaknya.

Jika anda mahukan hiburan ringan yang kelakar tetapi masih memberikan maklumat menarik mengenai cabaran menjadi petani moden ketika zaman pandemik serta perubahan iklim yang mendadak, sila strim Clarkson’s Farm hari ini di Prime Video.

Saya sendiri pada asalnya sekadar ingin menonton secara suka-sukar kerana kebosanan tetapi akhirnya berjaya menonton kelapan-lapan episod dalam masa hanya dua hari. Ia tontonan yang amat serasi untuk hujung minggu ini. Ianya lain daripada yang lain dan paling penting sekali memberikan sedikit sinar kegembiraan dalam situasi dunia yang semakin suram kerana Covid-19.

Izzat – Editor, Aksiz

The Man From Earth

Dengan populariti filem aksi meningkat, terutama filem-filem adiwira seperti MCU, penonton kebanyakan akan lebih menyukai filem yang mempunyai aksi dan menyertakan dialog sedikit yang mungkin. Namun, beberapa filem telah membuktikan yang melalui penulisan yang baik, filem yang 100% adalah dialog masih lagi boleh menjadi satu filem yang sangat menarik.

Salah satu filem tersebut adalah The Man from Earth, iaitu filem fiskyen sains yang di arahkan oleh Richard Schenkman dan diterbitkan pada tahun 2007 lagi. Premis penceritaan adalah sangat ringkas iaitu John Oldman, lakonan David Lee Smith di dalam proses mengemas rumah untuk berpindah. Rakan-rakannya datang untuk mengucapkan selamat tinggal dan juga berbual kosong terutama untuk bertanya mengapa dia mengambil keputusan untuk berpindah.

Di dalam perbualan tersebut, John Oldman mengatakan yang beliau telah hidup beribut tahun, dan terpaksa kerap berpindah untuk memastikan orang ramai tidak menyedari yang dia tidak “bertambah usia”. Pada awalnya ia dianggap sebagai satu jenaka, namun Oldman terus menerus mengeluarkan fakta yang menarik menjadikan apa yang diperkatakan olehnya semakin menjadi realiti.

Dengan premis yang ringkat, dan perjalanan penceritaan yang sekadar melalui dialog sahaja, bagi saya ia adalah satu filem yang dilakukan dengan sangat baik. Sepanjang 1 jam 30 minit filem ini, ia tidak pernah terasa bosan walaupun saya sudah berkali-kali menontonnya. Oleh disebabkan filem seperti inilah yang membuatkan saya tidak terlalu menolak filem yang tidak mempunyai aksi kerana ia juga boleh menjadi satu filem yang mendebarkan dengan penggunaan dialog sahaja.

Malangnya, saya tidak menjumpai cara yang mudah dan sah untuk mendapatkan filem ini. Saya memiliki filem ini dengan membelinya di Google Play akan tetapi menggunakan akaun Amerika Syarikat dan ia tidak ditawarkan untuk pengguna di Malaysia. Jika anda dapat mencari DVD ataupun apa-apa cara lain untuk tonton filem ini, ia adalah satu filem yang harus dialami oleh semua.

Seorang pembaca Aksiz telah mengesahkan yang filem ini boleh ditonton di Tubi.

Nazrin – Editor, Amanz

The Boys

Ia boleh dikatakan bahawa Marvel dan DC telah mempopularkan genre filem dan siri televisyen adiwira, tetapi walaupun filem-filem seperti Avengers dan Justice League mungkin mempunyai jalan cerita dan perwatakan yang menarik, tajuk-tajuk ini rata-ratanya memperlihatkan pihak protagonis dalam cahaya yang baik.

The Boys yang boleh ditonton melalui platform penstriman Amazon Prime Video menutarkan plot cerita adiwira 180 darjah dimana manusia dengan kuasa luar semulajadi adalah lebih kepada status selebriti, dan tidak semua mempunyai sifat baik dan mahu bantu membantu antara sesama insan.

Malah, ia boleh dikatakan semua watak adiwira didalam siri ini sebenarnya ialah watak antagonis, dan dua watak utama “protagonis” dalam siri ini adalah seorang watak dewasa muda dan seorang detektif berumur pertengahan yang tidak mempunyai sebarang kuasa.

Watak-watak adiwira didalam siri ini boleh dikatakan mengambil ilham klise daripada nama-nama terkenal dalam komik seperti Superman, The Flash, Wonder Woman dan sebagainya, tetapi sepanjang siri ini, kita dapat melihat bagaimana mereka tanpa kuasa terpaksa hidup dalam ketakutan didalam sebuah dunia dimana adiwira-adiwira ini tidak mempunyai sebarang nilai moral dan menggunakan kuasa mereka untuk melakukan apa sahaja mereka mahu lakukan sesuka hati mereka.

Kini dalam musim ketiga, The Boys bagi saya ialah nafas segar dalam genre adiwira yang mana jalan ceritanya dan pengakhirannya sudah boleh diagak melalui poster promosinya sahaja.

Fahim Zahar – Penulis, Amanz/Aksiz

F.R.I.E.N.D.S Dan Film Theory

Ia adalah sitkom kegemaran saya da juga merupakan antara sitkom terawal yang saya tonton. Sitkom yang mengisahkan enam orang sahabat iaitu Jennifer Aniston sebaai Rachel Green, David Schwimmer sebagai Ross Geller, Courteney Cox sebagai Monica Geller, Matthew Perry sebagai Chandler Bing serta Joey Tribbiani dan Phoebe Buffay lakonan Lisa Kudrow dan Matt LeBlanc.

Saya mula tonton sekitar 2018, agak ketinggalan walaupun sudah kedengaran mengenainya sejak kole lagi. Kemudia saya banyak mengenali setiap watak siri ini melalui meme di 9Gag dan perbualan rakan. Sejak pertemuan kembali antara semua wata utama dan watak sampingan lain ketika Friends: The Reunion, saya mula tonton kembali sitkom ini.

Pada awalnya saya tonton melalui ciri Play Something, kemudian sa ulang semula daripada musim pertama dan kedua. Termasuk minggu ini, ia adalah kali ke-4 atau ke-5 saya ulang (mungkin keenam). Friends boleh distrim di Netflix bermula musim 1-10. Friends: The Reunion pula boleh distrim di HBO Go Asia.

Saya turut menonton beberapa episod teori filem, siri TV dan animasi di saluran YouTube Film Theory. Saya lebih banyak tonton episod bagaimana ingin selamatkan diri daripada antagonis filem seram seperti Jason dalam Friday The 13th, Michael Myers dalam Halloween atau juga cara menyelamatkan diri daripada Freddy Krueger dalam Nightmare On Elmstreet. Saya turut tonton tonton teori bagaimana untuk bebaskan diri jika diculik dan diperangkap oleh Jigsaw dalam filem Saw.

Artikel Lepas Untuk “Apa Kami Tonton Minggu Ini”

Sohor Kini