Garena dan Capcom telah bekerjasama untuk hadir dengan acara kolaborasi baharu buat permainan battle royale Free Fire iaitu bersama dengan permainan pertempuran Street Fighter V. Melaluinya, pemain berpeluang untuk mendapatkan kostum Ryu dan juga Chun-Li termasuk juga melakukan gerakan Hadouken.

https://www.youtube.com/watch?v=9UffOZOE8zs

Pemain boleh mendapatkan kostum berdasarkan watak popular Street Fighter V iaitu Chun-Li dan juga Ryu pada 9 Julai ini. Pemain juga boleh mendapatkan barangan seperti Hadouken grenade dan juga kostum senjata AWM. Pemain juga boleh dapatkan emote dalam bentuk Hadouken.

Street Fighter V juga akan “mengambil-alih” Free Fire dengan mengubah lobi utama permainan untuk mengikut tema permainan tersebut seperti pemandangan untuk Air Force Base. Garena juga akan menganjurkan penstriman pada 9 Julai iaitu “Free Fighter Face-off”, penonton berpeluang untuk mendapatkan kod permainan Street Fighter V semasa penstriman tersebut.

Garena Free Fire sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini