Selepas beberapa kali di acah, Spike Chunsoft akhirnya mengumumkan permainan susulan untuk AI: The Somnium Files secara rasmi iaitu AI: The Somnium Files – nirvanA Initiative yang akan dilancarkan pada suku kedua tahun 2022 untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.
AI: The Somnium Files boleh dikatakan sebagai permainan pengembaraan dan novel visual, namun berbanding membaca dan membuat pilihan dialog, pemain juga boleh mengawal aksi serta pergerakan watak. Pemain akan ditempatkan di kawasan bandar futuristik Tokyo dan bermain sebagai seorang detektif.
Permainan pertama sudah dikeluarkan pada tahun 2019 untuk PlayStation 4, Switch dan PC.