Pada hari Rabu lepas, Ghost of Tsushima: Director’s Cut telah tersenarai di Agensi Penarafan Eropah walaupun versi untuk permainan ini tidak diumumkan secara rasmi oleh Sony mahupun Sucker Punch Productions. Hari ini, mereka akhirnya mengumumkan secara rasmi yang Ghost of Tsushima: Director’s Cut akan dikeluarkan pada 20 Ogos untuk PlayStation 4 dan PlayStation 4.

Apa yang disertakan?

Ghost of Tsushima: Director’s Cut akan menyertakan satu kawasan baharu iaitu Kepulauan Iki, yang selain memberi pemain penceritaan serta watak baharu untuk dijumpai, ia juga akan menyertakan pelbagai aktiviti berlainan termasuk juga mendapat barangan kosmetik baharu. Mereka akan kongsi maklumat lanjut mengenai Kepulauan Iki di masa hadapan.

Bagi Ghost of Tushsima: Director’s Cut untuk PlayStation 5 pula, ia juga akan menyertakan naik taraf grafik dengan menyasarkan resolusi 4K dan kadar kelancaran 60FPS. Ia juga akan menyokong 3D Audio, selain itu pergerakan bibir untuk bahasa Jepun juga telah dipertingkatkan kualitinya.

Kos naik taraf?

Bagi pemilik permainan Ghost of Tsushima di PS4, mereka boleh dapatkan versi Director’s Cut dengan harga naik taraf $19.99 dan perlu membayar tambahan $9.99 lagi untuk turut mendapatkan versi PS5 atau $29.99 secara terus dari PS4 edisi biasa ke Director’s Cut di PS5

Jika anda masih tidak memiliki permainan ini, Ghost of Tushsima: Director’s Cut untuk PS4 ditawarkan dengan harga $59.99 dan untuk PS5 dengan harga $69.99.

Ghost of Tsushima sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan buat masa ini boleh dimainkan di PlayStation 5 melalui keserasian belakang. Anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Ghost Of Tsushima – Kembali Ke Zaman Feudal Jepun Dengan Permainan Dunia Terbuka Yang Menawan.

Sohor Kini