Insomniac Games telah melancarkan satu kemaskini baharu untuk Ratchet & Clank: Rift Apart iaitu kemaskini versi 1.0002. Melaluinya, mereka menyertakan ‘Mod Paparan 120hz’ yang meningkatkan kadar kelancaran untuk mod Fidelity iaitu 40FPS berbanding 30FPS kebiasaan apabila dimainkan di paparan yang menyokong kadar segar semula 120hz.

Selain itu, kemaskini ini juga menyertakan pelbagai penambahan seperti pelekat untuk digunakan di dalam mod foto, membolehkan “Skip Cutscenes” di letakkan di mana-mana butang dan juga membolehkan pemain untuk menutup pemberitahuan peningkatan tahap senjata dan juga watak.

Mereka juga telah menyelesaikan pelbagai pepijat yang hadir di dalam permainan ini, anda boleh melihat senarai penuh di pautan ini. Ratchet & Clank: Rift Apart sudah dilancarkan secara eksklusif untuk PlayStation 5 dan anda boleh baca ulasan kami untuknya; Ulasan Ratchet & Clank: Rift Apart – Pengembaraan Rentas Dimensi.

Sohor Kini