Funcom iaitu pembangun permainan seperti Conan Exiles dan juga penerbit pelbagai permainan seperti Mutant Year Zero: Road to Eden dan Conan Unconquered telah mengumumkan yang mereka telah mendapatkan pegangan majoriti untuk studio The Outsiders.
The Outsiders buat masa ini sedang membangunkan permainan Metal: Hellisnger iaitu permainan FPS tetapi berdasarkan irama. Ia akan diterbitkan oleh Funcom dan dijangka akan tiba sekitar tahun ini untuk PlayStation 4, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X dan PC.
Selepas pengambil-alihan ini, The Outsiders akan terus diketuai oleh barisan-barisan pengurusan yang sama tanpa sebarang perubahan. Funcom dimiliki secara penuh oleh Tencent, selepas syarikat media besar dari China tersebut mengambil penuh mereka pada awal tahun lepas.