Legends of Runeterra, permainan kad digital berdasarkan dunia League of Legends telah menerima kemaskini permainan 2.11.0 minggu ini yang antaranya menyertakan kad-kad daripada penambahan baharu iaitu Rise of the Underworlds.

Seperti diumumkan sebelum ini, melalui penambahan ini ia menyertakan 43 kad baharu termasuk juga tiga Champion iaitu Ekko, Pyke dan Rek’sa. Di antara kad tersebut juga mempunyai satu keyword baharu iaitu Lurks yang apabila digunakan bersama dengan kad Lurks lain akan mempunyai kelebihan tertentu. Anda boleh lihat senarai penuh kad melalui Moblytics ataupun Dak.GG.

Kemaskini ini juga akan menyertakan pelbagai perubahan untuk kad-kad sedia ada dan anda boleh lihat segala perubahan melalui pautan ini. Legends of Runeterra sudah dikeluarkan untuk PC, iOS dan Android, anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Legends of Runeterra – Jawapan Riot Games Untuk Hearthstone.

Sohor Kini