Skip to main content

Kemaskini, 6 Julai 2021 – Ketiga-tiga permainan untuk penawaran PlayStation Plus bagi bulan Julai kini boleh ditebus dan dimuat turun. A Plague Tale: Innocence adalah untuk pemilik PS5 sahaja, akan tetapi pemain masih boleh menebus-nya melalui aplikasi ataupun laman web menggunakan pautan ini.

Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan permainan percuma buat pelanggan PlayStation Plus secara rasmi bagi bulan Julai untuk pemain di Malaysia.

Mereka menyertakan tiga permainan percuma yang boleh ditebus bermula 6 Julai sehingga 2 Ogos 2021;

  • A Plague Tale: Innocence (PS5)
  • Call of Duty: Black Ops 4
  • WWE 2K Battlegrounds

PlayStation Plus merupakan langganan khas buat konsol PlayStation di mana ia bukan sahaja menyertakan permainan percuma setiap bulan, malah pemain turut akan menerima diskaun khas dan juga fungsi untuk bermain secara atas-talian dan menyimpan fail simpanan permainan secara atas awan. Langganan PlayStation Plus bermula RM29 sebulan, RM69 untuk 3 bulan dan RM159 untuk setahun.

Jika anda masih tidak menebus untuk permainan yang ditawarkan pada bulan Jun anda masih boleh melakukannya sehingga 5 Julai 2021.

Leave a Reply