PlayStation Studios baru sahaja mengumumkan tambahan terbaru untuk senarai studio-studio permainan video di bawah mereka dengan pengumuman pengambil-alihan Housemarque semalam. Ditanya sama ada peningkatan perkara tersebut di-kalangan pengeluar konsol seperti Microsoft dan Nintendo merupakan satu ‘perlumbaan’, Ketua PlayStation Studios, Hermen Hulst mengatakan ia adalah tidak benar.

Sebaliknya, beliau mengatakan yang setiap pembelian yang dilakukan oleh Sony dan PlayStation Studios adalah secara strategik dan mereka hanya mendapatkan studio-studio yang sudah bekerjasama dengan mereka sebelum pengambil-alihan lagi. Ini adalah tepat untuk Housemarque, yang sedekad lepas telah mengeluarkan permainan untuk PlayStation sahaja, dan juga Insomniac Games yang diambil-alih pada tahun 2019, permainan terakhir oleh mereka adalah Marvel’s Spider-man yang juga hasil kerjasama dengan PlayStation Studios.

Mereka akan meneruskan strategi ini dan tidak akan melakukan pengambil-alihan secara rawak semata-mata untuk bersaing dengan pengeluar-pengeluar konsol yang lain. Sony dijangkan akan melakukan pengumuman seterusnya mengenai pengambil-alihan tidak lama lagi iaitu Bluepoint Games yang PlayStation Jepun tersalah kongsi semasa pengumuman pengambil-alihan Housemarque sebelum ini.

Sohor Kini