Pada akhir tahun lepas, Casey Hudson iaitu pada waktu tersebut merupakan Pengurus Besar Bioware, telah mengumumkan yang beliau meninggalkan studio Mass Effect tersebut selepas 15 tahun bersama. Pada masa itu, beliau tidak mengumumkan apa projekt seterusnya bagi dirinya.

Melalui ciapan di Twitter, beliau akhirnya mengumumkan projek seterusnya iaitu studio indie Humanoid Studios dan mereka kini sedang membangunkan satu permainan dengan IP baharu. Studio tersebut dikatakan telah melantik beberapa pembangun berpengalaman dan masih lagi mencari untuk mengisi beberapa jawatan yang terbuka seperti Gameplay Programmer dan Gameplay Designer.

Bersama dengan Bioware, Casey Hudson merupakan Pengurus dan Penerbit untuk Star Wars: Knights of the Old Republic, Mass Effect, Mass Effect 2 dan Mass Effect 3.

Sohor Kini