505 Games dan Remedy Entertainment telah mengumumkan yang mereka akan sekali lagi bekerjasama untuk hadir dengan permainan baharu berdasarkan Control. Projek yang digelar sebagai Condor tersebut merupakan permainan multi-pemain yang memfokuskan koperasi dan ia sedang dibangunkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

Dengan perjanjian ini, Remedy Entertainment akan menerima dana awal sebanyak EURO 25 juta, dan selepas itu sebarang kos pembangunan, pemasaran termasuk juga pendapatan akan dikongsi bersama di antara 505 Games dan Remedy Entertainment.

Selain Projekt Condor, mereka juga mengumumkan satu lagi permainan berdasarkan Control yang akan mempunyai bajet lebih besar di dalam perancangan, ia mungkin akan menjadi Control 2.

Control adalah permainan aksi pengembaraan yang merupakan antara permainan terbaik pada tahun 2019, ia sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Ia juga dikeluarkan untuk Switch secara Cloud. Anda boleh baca ulasan kami untuk Control di pautan ini; Ulasan Control – Permainan Aksi Terbaik Setakat Ini.

Sohor Kini