Koch Media dan Owlcat Games telah mengumumkan yang permainan kedua untuk siri Pathfinder iaitu Pathfinder: Wrath of the Righteous akan dilancarkan pada 2 September 2021 untuk PC melalui Steam, GOG dan Epic Games Store. Manakala bagi konsol ia akan tiba sekitar akhir tahun ini.

Permainan pertama iaitu Pathfinder: Kingmaker telah dikeluarkan pada tahun 2018, selepas kejayaan sesi biayasama di Kickstarter setahun sebelum itu. Ia adalah permainan RPG klasik dengan pandangan isometrik, ia juga mempunyai simulasi pengurusan bandar.

Di dalam permainan kedua, pemain diarahkan oleh seorang Permaisuri untuk mengambil satu kubu, dan kubu tersebut akan sentiasa berubah bergantung kepada pilihan pemain. Mereka berkongsi satu video yang memperlihatkan lanjut mengenai kubu tersebut dan anda boleh tontonnya di pautan ini.

Pathfinder: Wrath of the Righteous akan diterbitkan oleh Prime Matter iaitu label penerbitan baharu di bawah Koch Media yang sebelum ini telah mengumumkan 12 permainan akan datang oleh mereka ketika E3 2021.

Sohor Kini