Netflix dan CD Projekt Red sebelum ini telah membuat kejutan apabila mengumumkan acara bersama berkongsi kandungan-kandungan berdasarkan The Witcher, di mana Netflix mempunyai satu siri TV dan pelbagai kandungan lain yang akan tiba manakala CD Projekt Red sudah mempunyai beberapa permainan termasuk juga The Witcher 3: Wild Hunt yang merupakan antara permainan terbesar mereka.

Mereka sebelum ini telah mengatakan yang acara bersama tersebut akan berlangsung pada 10 Julai 2021, minggu ini mereka akhirnya berkongsi kandungan-kandungan yang kita boleh jangkakan daripada acara tersebut. Mereka akan melakukan dua penstriman dan ada kandungan yang sama dan ada yang berlainan di antara keduanya.

Penstriman 1 – 1 Pagi, 10 Julai 2021

  • The Witcher Musim 2: Deck of Destiny (Sesi temubual bersama Anya Chalotra, Freya Allen, Mimi M Khayisa, Paul Bullion, Lauren Schmidt Hissrich)
  • Welcome to the Gwent: The Witcher Card Game
  • Converging Destinies (Imbas kembali untuk watak Yennefer dan Ciri di dalam siri TV)
  • Memories from the Path: Stories Behind The Witcher Game – Bahagian 1
  • Geralt of T-Rivia
  • Inside Kaer Morhen
  • Monster Slayer: Live the life of a Witcher
  • The World of the Witcher Figures
  • Tales from the White Wolf (Temubual bersama Henry Cavill)

Penstriman 2 – 9 Pagi, 10 Julai 2021

  • The Witcher Musim 2: Deck of Destiny (Sesi temubual bersama Anya Chalotra, Freya Allen, Mimi M Khayisa, Paul Bullion, Lauren Schmidt Hissrich)
  • Welcome to the Gwent: The Witcher Card Game
  • CD Projekt Red The Witcher: Beyong the Video Game
  • Memories from the Path: Stories Behind The Witcher Game – Bahagian 2
  • Geralt of T-Rivia
  • Stroke of Genius
  • Monster Slayer: Live the life of a Witcher
  • The World of the Witcher Figures
  • Inside Kaer Morhen
  • Tales from the White Wolf (Temubual bersama Henry Cavill)

Jika anda ingin menonton mana-mana ataupun kedua-dua penstriman ini, anda boleh lakukannya melalui Youtube ataupun Twitch untuk CD Projekt Red dan juga Netflix.

Sohor Kini