Escape from Naraka Akan Dikeluarkan Pada 29 Julai 2021

Escape from Naraka adalah permainan aksi platformer oleh pembangun dari Indonesia iaitu Xelo Games dan akan diterbitkan oleh Headup. Semasa acara Steam Next Fest, ia merupakan antara demo pilihan kami untuk anda cuba. Sebelum ini diumumkan akan tiba sekitar tahun ini, Escape from Naraka disahkan akan tiba pada 29 Julai 2021.

Permainan ini memfokuskan kepada pemain untuk menjadi pemain yang berjaya melarikan diri dari ‘naraka’ dengan markah tertinggi. Pemain boleh membandingkannya dengan pemain lain melalui Steam Leaderboard yang akan dilancarkan bersama dengan permainan ini kelak.

Buat masa ini mereka masih tidak mengumumkan harga untuknya, tetapi ia boleh diletakkan di senarai hajat di Steam.

Sohor Kini