Kemaskini: Trials of Mana untuk iOS dan Android kini dilancarkan di App Store dan juga Play Store. Ia ditawarkan dengan harga RM99.90.

Permainan pertama untuk siri Mana adalah Final Fantasy Adventure yang dikeluarkan sebagai permainan sampingan untuk siri Final Fantasy akan tetapi telah menjadi permulaan kepada siri baharu iaitu ‘Mana’.

Ia dikeluarkan pada 30 tahun lepas, dan bersempena dengan sambutan ulang tahun tersebut mereka mengumumkan Trials of Mana dan permainan baharu Echoes of Mana untuk iOS dan Android.

Trials of Mana versi penambah-baikkan ini telah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Switch dan PC pada tahun lepas, dan ia juga boleh didapati melalui peranti pintar apabila ia dikeluarkan untuk iOS dan juga Android pada 15 Julai 2021. Pra-daftar untuknya di Play Store juga kini dibuka.

Selain itu, mereka juga telah mengumumkan satu permainan baharu iaitu Echoes of Mana yang juga akan dikeluarkan untuk peranti pintar. Ia adalah permainan RPG yang dibangunkan oleh WFS Inc, ia menyertakan penceritaan baharu akan tetapi akan turut melibatkan watak-watak daripada siri Mana yang lain. Ia disasarkan untuk pelancaran pada tahun 2022.

Sohor Kini