Respawn Entertainment dan EA telah mengumumkan acara baharu untuk Apex Legends iaitu Genesis Collection yang akan bermula 29 Jun sehingga 13 Julai 2021. Sepanjang acara ini, pemain akan bermain semula di peta asal Kings Canyon yang akan turut menyertakan Skull Town dan World’s Edge. Skull Town juga akan dijadikan sebagai peta untuk Arena.

Selain itu, seperti biasa, ia juga akan menyertakan ganjaran baharu yang boleh untuk didapati oleh pemain, antaranya adalah kostum untuk Charge Rifle dan EVA-8, dan 24 barangan kosmetik juga boleh dibeli menggunakan Apex Coins atau Crafting Metals. Jika pemain mengumpul kesemua set, mereka juga akan mendapat set Revenant Heirloom.

Apex Legends sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang. Ia adalah permainan percuma yang menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini