Netmarble Corporation dan Marvel Entertainment telah mengumumkan pada tahun lepas yang mereka akan hadir dengan permainan mudah alih dunia terbuka berdasarkan adiwira-adiwira Marvel iaitu Marvel Future Revolution, namun mereka tidak mengumumkan sebarang tarikh pelancaran.

Hari ini, mereka telah membuka sesi pra-daftar secara global untuk untuk permainanan tersebut. Anda boleh melakukannya melalui App Store ataupun Play Store untuk mendapat pemberitahuan apabila ia dilancarkan kelak iaitu sekitar tahun ini.

Jika anda berminat untuk melihat video bentuk permainan, mereka juga melakukan penstriman langsung pada 8 pagi, 30 Jun 2021 dan anda boleh tontonnya di YouTube, Twitter, Facebook dan Twitch rasmi untuk Marvel.

Sohor Kini