Shadowrun: Trilogy Ditawarkan Percuma Di GOG

Jualan promosi untuk musim panas di GOG sudah semakin ditamatkan, namun sebelum menutup tirai, mereka telah menawarkan satu permainan percuma dan bagi peminat permainan RPG kertas dan pen, ia adalah permainan yang wajib dimainkan iaitu Shadowrun: Trilogy.

Shadowrun merupakan permainan papan yang terkenal, ia juga telah menerima beberapa permainan video. Namun, Shadowrun: Returns yang dibangunkan oleh Harebrained Schemes pada tahun 2013 sudah semestinya membawa nama permainan ini ke pemain-pemain baharu.

Kejayaan Returns, diikuti lagi dengan dua permainan iaitu Shadowrun: Dragonfall yang pada tahun 2014, ia dikeluarkan sebagai penambahan untuk Returns sebelum dikembangkan menjadi permainan kendiri dan Shadowrun: Hong Kong dikeluarkan sebagai permainan ketiga pada tahun 2015.

Melalui penawaran oleh GOG ini, anda boleh dapatkan ketiga-tiga permainan ini. Ia sebelum ini juga ditawarakan secara percuma di Epic Games Store, akan tetapi melalui GOG sekurang-kurangnya anda tidak perlu memasangnya menggunakan sebarang klien.

Anda boleh tebus menggunakan pautan di bawah dan memerlukan pengesahan untuk menerima emel promosi daripada mereka.

Muat Turun: Shadowrun: Trilogy

Sohor Kini