PUBG merupakan salah satu permainan berbentuk Battle Royale yang popular. Melaluinya, sekumpulan pemain akan perlu bersaing untuk menjadi yang paling terakhir hidup untuk menang.

Jikalau bermain dalam bentuk kumpulan, pemain yang ditembak dan cedera parah, akan perlu menantikan kawan sepasukan hadir dan bangunkan mereka, sebelum dapat makan ubat dan bersaing kembali dalam perlawanan berkenaan.

Apa pun, bermula kemaskini akan datang, PUBG dijangka memperkenalkann kebolehan untuk seseorang pemain, melakukannya sendiri tanpa perlu bergantung kepada ahli pasukan lain.

Kemaskini baru ini dijangka akan hadir pada PUBG 12.2 kelak. Buat masa ini, mekanisma ia akan dimainkan masih tidak diketahui. COD Warzone membolehkan pengguna melakukan perkara lebih kurang sama, tetapi pemain perlu mempunyai kit swahidup mereka sebelum dapat melakukannya dalam permainan.

Sama-sama kita nantikan pengenalan kemaskini 12.2 yang dijadualkan pada 7 Julai ini untuk PUBG di PC.

Sohor Kini