Konami sedia mempunyai permainan bola sepak yang digemari ramai, iaitu Pro Evolution Soccer atau turut dikenali sebagai PES. Untuk tahun ini, ramai yang menantikan pengenalan PES 2022 yang bakal hadir menggunakan enjin permainan baharu berasaskan kepada Unreal Engine.

Masih dalam pembangunan lagi, apa pun, kini Konami membuat kejutan dan menawarkan ujian beta terbuka untuk “permainan bola sepak baharu” mereka.

Ditawarkan tanpa sebarang penjenamaan, Konami menawarkan ujian memfokuskan prestasi dalam mendapatkan maklumbalas pengguna. permainan beta terbuka ini ditawarkan untuk PS4, PS5, Xbox Series X, XboX Series S dan juga Xbox One.

Beta terbuka ini ditawarkan sehingga 8 Julai kelak. Anda yag berminat, boleh memuat-turun ia daripada kedai permainan pada konsol masing-masing, dengan melakukan carian permainan “New Football Game Online Performance Test”.

Memandangkan memfokuskan kepada ujian prestasi, maka apa yang ditawarkan permainan beta ini adalah sangat terhad.

Pada permainan ini juga, Konami mengacah pengumuman lanjut berkaitan dengannya pada bulan Julai kelak.

Sohor Kini