Steam merupakan salah satu kedai aplikasi permainan video yang popular, dan menawarkan sejumlah permainan pada harga diskaun. Terdapat beberapa penyenaraian pada perkhidmatan berkenaan juga hadir dengan diskaun khusus atau pada harga lebih rendah berbanding pada negara seseorang pengguna.

Perbezaan harga ini adalah disebabkan oleh kadar tukaran, dan juga beberapa hal berkenaan negara berkenaan termasuk dari segi kuasa membeli dan sebagainya.

Apa pun, terdapat sejumlah pengguna yang mengambil kelebihan ini, dan melakukan perubahan lokasi negara pada profil untuk menikmati diskaun.

Kini, Steam dilihat mula memerangi perkara berkenaan, dan hanya mengehadkan pengguna mengubah lokasi negara pada akaun masing-masing, hanya tiga bulan sekali.

Ini sekaligus akan mengurangkan pengguna daripada bertukar-tukar lokasi negara untuk menikmati permainan pada harga rendah.

Sebelum ini, Steam turut telah menambah keperluan menyelesaikan pembayaran menggunakan kaedah pembayaran yang disokong di sesuatu negara berkenaan apabila akaun ditukar ke lokasi negara berkenaan.

Sohor Kini