Filem sekuel kepada Space Jam, iaitu Space Jam: A New Legacy akan tiba di pawagam filem tidak lama lagi, dan bersempena dengan filem tersebut, pihak Warner Bros telah membangunkan sebuah permainan yang boleh dimainkan secara kasual.

Terkini, Warner Bros mengumumkan bahawa Space Jam: A New Legacy The Game telah dibangunkan oleh Legacy Code, sebuah syarikat pembangun permainan yang sudah biasa membangunkan permainan video dengan rekaan retro.

Pada penghujung tahun lepas, pihak Warner Bros telah menanyakan kepada para peminat Space Jam tentang jenis permainan yang boleh mereka bangunkan untuk dikeluarkan bersama-sama dengan filem baru tersebut. Rata-rata ramai peminat meminta permainan jenis beat-em-up ala Double Dragon dan Streets of Rage.

Didalam permainan ini, anda boleh memainkan watak LeBron James, Bugs Bunny dan Lola Bunny untuk menewaskan watak-watak antagonis Goon Squad dan musuh utama yang dinamakan AI G. Rhythm.

Permainan ini akan mula tiba di pasaran pada 15 Julai kelak, dan akan ditawarkan secara percuma kepada pelanggan Xbox Game Pass.

Sohor Kini