Melalui perkongsian kepada pelabur yang dikongsi oleh ResetEra, CEO Sony Kenichiro Yoshida, telah mengatakan yang mereka menyasarkan untuk menjual 22.6 juta unit bagi tahun fiskal ini yang akan berakhir pada bulan Mac tahun depan. Jumlah tersebut akan menjadikan PS5 sebagai konsol terlaris dalam sejarah PlayStation.

Sony juga menyasarkan untuk menjual PlayStation 5 sebanyak 45 juta unit dalam masa 2.5 tahun, walaupun masih sukar untuk mengeluarkan PlayStation 5 akan tetapi dengan apa yang boleh dikeluarkan mereka berpendapat ia masih akan memberikan jumlah yang tinggi.

Setakat Mac lepas, PlayStation 5 telah terjual sebanyak 7.8 juta unit dan mereka akan mengumumkan jumlah baharu setakat Jun pada bulan depan semasa laporan tahun fiskal pertama untuk 2021/2022.

Sohor Kini